Terma Program Ganjaran LifePoints

Terma Program Ganjaran LifePoints

 

Terma Program Ganjaran LifePoints

  1. Terma Program Ganjaran LifePoints ("Peraturan") ini terpakai bagi semua promosi yang dikendalikan oleh Lightspeed, termasuk tetapi tidak terhad kepada Program Mata, seperti yang dipromosikan di Laman panel LifePoints ("Laman"). LifePoints ("LifePoints") ialah nama panel yang dikendalikan oleh Lightspeed.

Pengumpulan Mata Ganjaran LifePoints

  1. Sebaik sahaja anda menyertai LifePoints, anda akan ditawarkan insentif dalam bentuk mata (“Mata Ganjaran”) atau jenis insentif LifePoints lain akan diberikan apabila anda melakukan pelbagai Aktiviti di Laman.
  2. Apabila anda mendaftar dengan LifePoints, Akaun anda akan mengandungi status "Aktif", anda boleh menyertai semua Aktiviti apabila dijemput oleh Lightspeed dan anda boleh menikmati semua manfaat LifePoints seperti mengakses Perkhidmatan kami, insentif anda serta menghubungi Kakitangan Lightspeed. Mengekalkan akaun anda sebagai "Aktif" bermaksud anda telah menyertai LifePoints dan mengambil bahagian dalam tinjauan atau aktiviti lain di Laman dalam masa 30 hari dari pendaftaran awal anda atau dalam mana-mana tempoh 90 hari.
  3. Pada masa ini, anda boleh mendapatkan Mata Ganjarandengan melengkapkan banyak tinjauan. Jika tinjauan tidak memberikan Mata Ganjaran, ini akan dinyatakan dengan jelas di Laman pada permulaan tinjauan atau dalam e-mel jemputan tinjauan yang akan anda terima daripada kami.
  4. Akaun anda juga boleh digantung jika salah satu situasi berikut berlaku:

    • Tiada penyertaan selepas anda menyertai LifePoints
    • Tiada penyertaan dalam tinjauan dalam masa 30 hari pertama sejak anda menyertai LifePoints
    • Tiada penyertaan dalam tinjauan dalam mana-mana tempoh 90 hari

    Jika Akaun anda telah digantung atau ditutup, anda berhak untuk meminta Lightspeed menyiasat situasi tersebut. Anda hendaklah menghubungi pasukan sokongan kami untuk tujuan itu. Jika anda rasa akaun anda telah digantung atau ditutup secara salah, anda mesti menghubungi Lightspeed melalui e-mel dalam masa enam puluh (60) hari setelah ralat yang didakwa dan menerangkan sepenuhnya asas pertikaian anda dengan melampirkan sebarang maklumat berkaitan yang mengandungi bukti percanggahan. Setelah menerima notis anda, kami akan menyiasat tuntutan anda dan memaklumkan keputusan kami kepada anda dalam masa tiga puluh (30) hari. Jika kami memerlukan masa tambahan untuk membuat keputusan berkaitan tuntutan anda, kami akan memaklumkan kepada anda dan akan berusaha untuk membuat keputusan secepat yang munasabah. Sebarang keputusan kami berhubung dengan tuntutan sedemikian adalah muktamad.
  5. Lightspeed tidak akan memberikan sebarang notis pembatalan dan pelupusan Mata Ganjaran anda. Lightspeed berhak untuk meminda peraturan pembatalan dan pelupusan ini mengikut budi bicara mutlaknya.
  6. Anda boleh membatalkan akaun anda pada bila-bila masa dengan pergi ke Laman kami dalam bahagian akaun anda dan klik pada "batalkan akaun saya" dan akaun anda akan dibatalkan dengan serta-merta. Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk membatalkan akaun anda, sila hubungi pasukan sokongan. Pasukan sokongan akan memberikan respons kepada anda secepat yang munasabah. Sejurus selepas akaun anda dipadam atau anda menarik diri daripada LifePoints, akaun anda akan ditutup. Anda memahami dan bersetuju bahawa, seperti yang dinyatakan di atas, setelah penggantungan, pembatalan atau penutupan akaun anda, hak anda untuk mengakses Perkhidmatan akan dihentikan dan semua Mata Ganjaran yang dikreditkan ke akaun anda pada waktu tersebut yang dikumpulkan dalam apa-apa cara dan pada bila-bila masa sekalipun akan dilupuskan. Lightspeed boleh menamatkan akaun anda pada bila-bila masa atas sebarang sebab.
  7. Mata Ganjaran yang diberikan akan dimasukkan ke akaun anda tidak lewat daripada 30 hari setelah selesai tinjauan dan akan tersedia untuk penebusan sebaik sahaja ia dimasukkan ke akaun anda. Lightspeed mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Mata Ganjaran didepositkan ke akaun anda dengan tepat. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Mata Ganjaran anda didepositkan dengan betul dan anda perlu memaklumkan Lightspeed dalam masa 2 bulan selepas tinjauan dilengkapkan jika LifePoints tidak dimasukkan dengan betul ke akaun anda.

Penebusan Mata Ganjaran LifePoints

  1. Anda hanya boleh menebus Mata Ganjaran anda jika anda mempunyai mata yang mencukupi untuk menebus jumlah hadiah mata terendah di LamanWeb dan jika akaun anda berada dalam kedudukan yang baik.
  2. Semua Mata Ganjaran LifePoints mesti ditebus secara dalam talian. Untuk menebus Mata Ganjaran, anda perlu pergi ke halaman Ahli. Kaedah penebusan LifePoint lain boleh ditambah atau diganti pada masa akan datang di atas budi bicara Lightspeed.
  3. Nilai satu Mata Ganjaran LifePoints berbeza-berbeza bergantung kepada hadiah yang anda pilih. Lightspeed berhak untuk mengubah nilai ini tanpa notis, dan apa-apa perubahan akan ditunjukkan di laman web itu atau dalam Kaedah-Kaedah ini.
  4. Mata Ganjaran LifePoints kini boleh ditebus untuk baucar hadiah.
  5. Mata Ganjaran LifePoints boleh ditebus di Laman Web. Maklumat lanjut mengenai pengarturan ini boleh didapati di Laman Web. Lightspeed berhak untuk menukar tawaran sijil barangan dan hadiah di Laman Web mengikut budi bicaranya dan tanpa notis. Anda mengakui bahawa Lightspeed tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang diambil oleh rakan insentif kita berhubung penebusan Mata LifePoints.
  6. Nilai ganjaran yang anda pilih tidak boleh melebihi jumlah Mata Ganjaran LifePoints dalam akaun anda. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih ganjaran bagi nilai yang lebih rendah. Mana-mana Mata Ganjaran Lightspeed yang tidak digunakan akan kekal di dalam akaun anda untuk kegunaan masa depan dan sebaik sahaja anda menebus Mata Ganjaran LifePoints, jumlah Mata Ganjaran yang sewajarnya akan ditolak dari akaun anda.
  7. Mata Ganjaran LifePoints tidak boleh dirunding dan hanya boleh ditebus untuk ganjaran yang dinyatakan di atas, atau di Laman Web.
  8. Ganjaran yang diterima akibat penebusan Mata Ganjaran LifePoints tidak boleh ditukar, dikembalikan atau ditebus untuk nilai tunai.
  9. Ganjaran yang digambarkan di Laman Web mungkin tidak mencerminkan dengan tepat warna atau model ganjaran sebenar, disebabkan oleh variasi percetakan dan pengemaskinian pengilang.
  10. Lightspeed berhak menggantikan sebarang ganjaran untuk ganjaran nilai bersamaan atau lebih tinggi jika ganjaran tidak tersedia.

Pentadbiran Hadiah

  1. Lightspeed berhak melantik pihak ketiga untuk mentadbir Program Mata Ganjaran dan ganjarannya. Anda hendaklah membaca Dasar Privasi mengenai maklumat yang akan dihantar kepada pihak ketiga untuk mentadbir Program Mata Ganjaran dan ganjaran.
  2. Lightspeed tidak menerima apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh anda disebabkan sebarang kesilapan atau peninggalan oleh pihak ketiga dalam pentadbiran atau penyerahan ganjaran.
  3. Apple tidak terlibat dalam apa-apa cara dengan peraduan atau cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Lightspeed.
 

KEMBALI KE BAHAGIAN ATAS