Di LifePoints, kami sedang membentuk rupa dunia dan cara kami berinteraksi dengannya.
Ahli-ahli kami dan pendapat mereka memberikan inspirasi kepada pengubah keadaan yang terbesar di dunia untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka menjadi lebih baik. Dengan berkongsi pandangan mereka, setiap ahli diberikan ganjaran dalam bentuk kredit dan kad hadiah daripada jenama dan peruncit kegemaran mereka, yang membolehkan mereka menjana pendapatan sambil mereka menjawab tinjauan! Berminat? Ketahui lebih lanjut di bawah.
Selama bertahun-tahun, ahli-ahli kami telah menyumbang ke arah penciptaan beg udara, kad ganjaran tunai dan kerusi kereta keselamatan bayi, sekadar beberapa contoh. Semangat mereka untuk mencapai inovasi dan perubahan positif di dunia dihargai oleh rakan kongsi kami dan telah mewujudkan komuniti LifePoints sebagaimana hari ini.
Dengan menampilkan permainan, undian, hadiah, promosi dan pertandingan. Ahli-ahli kami sentiasa mendapat pengalaman yang menyeronokkan.
Untuk tahun lalu sahaja, kami telah membayar lebih $22 juta kepada ahli-ahli kami. Pemenang-pemenang diumumkan melalui saluran media sosial kami pada setiap minggu. Jadi, pastikan anda mengikuti kami untuk mengetahui jika anda ialah pemenang bertuah!
Bukan ahli LifePoints? Daftar secara percuma hari ini!
Kami mahu ahli-ahli kami seronok menjadi sebahagian daripada LifePoints dan mengetahui betapa banyaknya ganjaran yang diperoleh apabila mereka berkongsi pendapat mereka. Apa kata anda cuba salah satu permainan kami yang mengujakan atau undian pantas untuk melihat betapa seronoknya menjadi sebahagian daripada komuniti kami?
Cari soalan lazim di bawah atau untuk mendapatkan lebih banyak jawapan, lawati Help Center LifePoints
Kami tidak menawarkan pelan keahlian kerana kami tidak mengenakan bayaran untuk menjadi ahli LifePoints.
Ahli-ahli seronok membiarkan suara mereka didengari, membantu membentuk produk masa depan dan memberikan maklum balas jujur kepada pelanggan kami.
Ahli-ahli diberi ganjaran atas penyertaan mereka dalam tinjauan dengan LifePoints.
Mendapat LifePoints membolehkan ahli menebus ratusan item dalam katalog ganjaran kami, termasuk pelbagai jenis e-Sijil, kad hadiah dan PayPal, setakat mana berkenaan.
Ahli-ahli LifePoints menyertai komuniti kami dari seluruh dunia, secara tepatnya dari 45 negara berbeza!
Ahli kami seronok memberikan maklum balas dalam tinjauan tentang pelbagai topik seperti penjagaan bayi, makanan ringan, produk kecantikan, pembelian kereta dan rancangan televisyen yang ditonton dan pelbagai topik di antaranya.
Menyertai tinjauan LifePoints membolehkan suara ahli kami didengari dan membantu membentuk produk masa depan.
LifePoints ialah komuniti dalam talian dan tempat ahli-ahli boleh menyuarakan pandangan mereka dengan melengkapkan tinjauan dan mendapatkan ganjaran. Sebagai ahli, untuk setiap kaji selidik yang berjaya anda lengkapkan, anda akan memperoleh LifePoints untuk baucar pembelian, muat turun muzik percuma, sumbangan amal dan banyak lagi.
Jumlah LifePoints yang diterima bergantung kepada tinjauan, biasanya tinjauan yang lebih panjang memberikan lebih banyak LifePoints. Masa tinjauan berbeza-beza, contohnya dari 10 minit hingga 60 minit.
Menyertai komuniti LifePoints adalah percuma sepenuhnya - anda tidak akan dikenakan bayaran untuk menjadi ahli komuniti kami. Sebaliknya, kami memberi ganjaran LifePoints kepada anda yang boleh ditukar dengan baucar dan ganjaran lain setiap kali anda berkongsi pandangan dan pendapat anda dengan melengkapkan tinjauan kami.